Sebut penkek rasa macam glemer. Padahal ia cumalah lempeng yang orang dulu dah lama mulakan. Masa bundo kecik dulu, mak dan nenek bundo selalu buat lempeng pisang, lempeng ubi, lempeng keledek, lempeng tepung dan berbagai jenis lempeng lagi. Bundo yang memang melempeng masa tu sebab kurus kering, bedal je apa yang mak dan nenek bundo masak.
Dalam majallah sedap bilangan 41 baru ni, ada resepi lempeng oat. Tengok gambar, ia macam menarik. Lagipun ada dimasukkan oat sebagai salah satu bahan. Tentu bagus untuk orang yang pentingkan diet kesihatan.
Serius cakap, setelah dibuat, rasanya ia bukan sesuatu yang disukai oleh semua orang dalam famili terutamanya anak. Dengan adanya oat, adunan agak likat dan lempeng tidak berapa lembut. Untuk bundo, ia okay sebab bundo memang makan oat.
Anyway, bundo letak jugalah resepi di sini. Sesiapa nak rasa, buat sekeping dua cukuplah.
Bahan:
200 gm tepung gandum
1 sudu makan serbuk penaik
1/4 teh garam
50 gm oat
1 1/2 sudu makan gula
3 biji telur, pukul rengan
125 ml susu cair
35 gm majerin, cairkan
bahan sos keju:
1 sudu makan mentega tawar
2 sudu makan tepung gandum
200 ml susu cair
3/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
50 ml krim pekat
50 gm brokoli, rebus dan potong kecil
25 gm keju cheddar parut
1. Ayak tepung gandum, serbuk penaik dan garam
2. Campur telur dan susu cair. Kacau rata. Masukkan majerin sedikit demi sedikit sambil kacau perlahan.
3. Tuang satu senduk kecil di kuali rata tanpa disapu majerin. Terbalikkan.
4. Sos keju: panaskan mentega. Masukkan tepung gandum. Kacau hingga bergumpal. Tuangkan susu cair sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga licin. Masukkan garam, serbuk lada sulah, krim pekat, brokoli dan keju. Masak sehingga pekat.
5. Hidangkan penkek bersama sos.
ibundo
No comments:
Post a Comment