Assalammualaikum teman-teman kakpb yang dikasihi, terima kasih kerana sudi tinggal komen kat blog kakpb yang tak seberapa ni. Maaf kerana kakpb tak sempat nak balas komen, kerja banyak, tapi kakpb akan cuba juga curi-curi masa melawat kamu semua, insyaAllah.
Kakpb suka sangat makan salad yang macam kat bawah ni. Takde brokoli, boleh guna salad daun atau yang bulat tu...apa nama eh? Buat ni pun sebab ada lebih ikan rebus lebihan buat laksa Johor hari sabtu lepas. Fikir punya fikir, buat salad brokoli la. Simpan lama2 nanti kuning pula brokoli tu. Dulu2 kakpb tak suka brokoli, tapi bila dah selalu amalkan makan cicah dengan sambal belacan, eh...suka pulak.
Ikan rebus buang tulang, tak perlu tumbuk, cuma pecah-pecahkan atau leraikan saja.
Hiris bawang besar kuning, cili hijau.
Gaul ikan, brokoli, bawang hiris, cili hijau, mayonis.
Kakpb letak juga perahan limau kasturi dan sedikit garam
Tabur serbuk lada hitam pun ok juga kalau nak.
Dah siap, ratah macam tu je pun sodap!
No comments:
Post a Comment